Monday 31 October 2011

Tatabahasa ( Membina Ayat)

Latihan 1

Tulis satu ayat bagi setiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan bahawa anda faham akan maksud dan penggunaannya. Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, atau menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i) bebola

(ii) jejari

(iii) dedaun

(iv) rerambut

(v) lelaki

(vi) pepohon




Latihan 2

Tulis dua ayat bagi tiap-tiap perkataan di bawah ini untuk menunjukkan anda faham akan perbezaan maksud dan penggunaannya.Anda tidak boleh menambahkan imbuhan, menukarkan imbuhan, menggunakan perkataan itu sebagai peribahasa atau nama khas.


(i) ketam
(ii) haus
(ii) hangat




Skema Latihan 1

(i) Adik sangat gemar memakan bebola ikan.

(ii)Jejari saya terasa lenguh kerana menulis karangan terlalu panjang.

(iii) Tukang sapu itu sedang menyapu dedaun yang gugur di bawah pokok itu.

(iv) Salah satu ciri mamalia ialah mempunyai rerambut

(v)Lelaki yang kacak itu ayah saya.

(vi) Pepohon tumbuh subur di kebun datuk kerana sentiasa dibaja oleh datuk.



Skema Latihan 2

(i) - Emak membeli sekilogram ketam di pasar.
- Saya ketam permukaan kayu itu sehingga menjadi licin.

(ii)- Saya haus kerana berpuasa hari ini.
- Tapak kasut sekolah saya telah haus kerana telah lama digunakan.

(iii) - Air kopi itu masih hangat ketika dihidangkan.
- Isu pembuangan bayi merupakan isu yang hangat dibincangkan oleh masyarakat.

Tatabahasa (Ayat Songsang)

Latihan 1
Tukarkan ayat bersusunan biasa di bawah kepada ayat bersusunan songsang.

(i) Peserta pertandingan pidato itu sungguh petah berbicara.

(ii)Keropok lekor sangat populor di Terengganu kerana rasanya yang enak.

(iii)Negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir disebabkan hujan lebat yang berterusan.




Latihan 2
Tukarkan ayat bersusunan songsang di bawah supaya menjadi ayat bersusunan biasa.

(i) Dirobohkan oleh pekerja bangunan lama di pinggir bandar.

(ii)Keadaan banjir semakin surut pemberita melaporkan.

(iii)Pada hari raya pertama kami berkumpul di rumah nenek di kampung.




Skema Latihan 1

(i)Sungguh petah berbicara peserta pertandingan pidato itu.

(ii)Kerana rasanya yang enak, keropok lekor sangat popular di Terengganu.

(iii)Disebabkan hujan lebat yang berterusan, negeri-negeri di Pantai Timur dilanda banjir.



Skema Latihan 2

(i)Bangunan lama di pinggir bandar dirobohkan oleh pekerja.

(ii) Pemberita melaporkan keadaan banjir semakin surut.

(iii)Kami berkumpul di rumah nenek di kampung pada hari raya pertama.

Monday 24 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Novel (Peristiwa Menarik)

SOALAN :

Berdasarkan sebuah novel yang anda kaji, huraikan peristiwa-peristiwa menarik yang terdapat dalam novel tersebut.(7 markah)



SKEMA JAWAPAN :
( Tips) : 1. Pilih dua peristiwa sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih peristiwa yang senang untuk diingat.

MELUNAS RINDU karya Hartini Hamzah


Peristiwa menarik dalam novel ialah :

1. Peristiwa Fuad mengetahui ibu kandungnya masih hidup daripada Pak Samsudin iaitu jiran Mariah (kakak angkat ibu Fuad). Pak Samsudin juga meyakinkan Fuad bahawa Fuad akan berjumpa dengan ibu kandungnya, Mariana sendiri bukan dengan kuburnya.

Peristiwa ini menjadikan perjalanan cerita bertambah menarik dan pembaca ingin mengetahui cerita yang seterusnya.


2. Peristiwa Fuad mengetahui bahawa nama asal ketika dilahirkan ialah Abdul Halim dan nama Islam bapanya ialah Roslan. Fuad sendiri terkejut mendengarkan perkara itu daripada Pak Ngah Lias.

Peristiwa ini memberikan maklumat tentang sejarah hidup Fuad dan mengetahui identiti sebenar Fuad.


3. Peristiwa Fuad membantu ibu saudaranya, Swee Lan menyuapkan bubur nasi kepada bapa saudaranya, Peter Lim yang semakin uzur. Fuad juga membantu ibu saudaranya itu mengelap muntah bapa saudaranya, dan membawanya ke klinik.

Peristiwa ini memaparkan keperibadian Fuad yang bukan hanya kacak dari segi luaran malah mempunyai perwatakan dalaman yang berbudi pekerti mulia.


4. Peristiwa Fuad menyambut hari lahir Farhana. Bermula dengan pemberian kad ucapan, kemudian Fuad mengajak Farhana keluar makan di Restoran Terapung di Taman Syahbandar, Terengganu. Fuad juga mengucapkan ’Selamat Ulang Tahun ke-24’ kepada Farhana.

Peristiwa ini memberikan gambaran Fuad dan Farhana sudah mula bercinta. Farhana senang dengan layanan mesra yang ditunjukkan oleh Fuad.


5. Peristiwa Fuad menyedari bahawa ibu Farhana adalah ibu kandungnya. Mariana dirawat di Hospital Tengku Ampuan Afzan kerana menghidap penyakit lelah (asma). Semasa berada di hospital tersebut Fuad mengetahui ibu Farhana (Mariana) adalah ibu kandungnya yang dicari selama ini. Fuad tabah menerima kenyataan bahawa ibunya (Mariana) adalah ibu Farhana juga dan Farhana, gadis yang dicintai dan ingin dikahwininya adalah adik kandungnya sendiri.

Peristiwa ini membawa unsur kejutan kepada pembaca dan pembaca berasa simpati kepada Fuad dan Farhana yang baru mula ingin bercinta. Perjalanan cerita menjadi bertambah menarik.


6. Pertemuan Fuad dengan ayah kandungnya, Robert Lim di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA). Fuad ingin membalas jasa orang tuanya dengan membawa Mariana (ibu kandungnya), Mak Salmah (ibu angkat) dan Pak Ismail (bapa angkatnya) menunaikan umrah di Mekah. Robert Lim memberikan harapan bahawa dia akan menyusul mereka kemudian dan dia dan Fuad saling berpelukan.

Peristiwa ini menandakan Fuad sudah memaafkan bapanya dan hubungan antara kedua-dua beranak itu sudah jernih.


7. Peristiwa Fuad mengajar murid-murid secara individu di dalam kelas lanjutan untuk membantu murid-murid di SM Seri Setia menguasai bahasa Inggeris dengan baik.

Peristiwa tersebut membuktikan kesungguhan dan keikhlasan Fuad melaksanakan tugas sebagai pendidik.






SKEMA JAWAPAN :
( Tips) : 1. Pilih dua peristiwa sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih peristiwa yang senang untuk diingat.

KABUS DI PERBUKITAN karya Mohamad Kholid bin Hamzah

Peristiwa menarik dalam novel ialah

1. Peristiwa yang berlaku ketika Faridah berada dalam keadaan bawah sedar. Faridah berada pada zaman lampau. Faridah berada di suatu tempat asing, iaitu di Bukit Kutu dan Pekan Sungai Kubu. Faridah pergi ke pekan tersebut ditemani oleh Amah Siti.

Faridah melihat cara penduduk pada zaman itu begitu asing baginya. Faridah merasakan dia berada pada zaman penjajahan Inggeris sebelum negara mencapai kemerdekaan.


2. Peristiwa Rahayu bertemu dengan Faridah dalam keadaan bawah sedar. Mereka bertemu di dalam sebuah rumah papan yang hampir roboh ditolak arus. Selepas diselamatkan Rahayu, Faridah memeluk adiknya dengan erat untuk melepaskan rindu setelah bertahun-tahun tidak bertemu. Selepas Faridah sedar, Rahayu telah pun meninggal dunia.

Menggambarkan keistimewaan hubungan kembar antara Faridah dan Rahuyu yang masih boleh berhubung walaupun jasad mereka terpisah jauh.


3. Peristiwa Faridah bertemu dengan Zain di banglonya di Rosewood, Christchurch, New Zealand.

Pertemuan itu menguatkan lagi keinginan Faridah untuk pulang ke tanah air kerana Zain juga berasal dari Sungai Besar, Selangor.


4. Peristiwa Melina bertemu semula dengan suaminya, Benny di Dubai. Benny terpaksa melarikan diri dan meninggalkan Melina seorang diri di Marang, Terengganu. Benny meminta maaf dan akhirnya mereka mengambil keputusan untuk terus menetap di Dubai.

Pertemuan itu merungkai masalah yang dihadapi oleh Melina dan akhirnya mereka hidup bahagia.


5. Peristiwa Faridah dan Iqbal ditemui semula di Perkampungan Orang Asli Temuan oleh ayahnya, Mejar (B) Kamarudin dan Buyung dalam keadaan tidak sedarkan diri.

Pertemuan ini merungkai misteri kehilangan Faridah dan Iqbal selama dua minggu selepas kemalangan jalan raya di Bukit Fraser.


6. Pertemuan Azrul dengan Faridah ketika melawat kubur Rahayu di Tanah Perkuburan Parit Satu, Sungai Besar.

Peristiwa ini mencerminkan kesetiaan dan keluhuran kasih Azrul terhadap kekasihnya, Rahayu walaupun Rahayu telah pergi buat selama-lamanya. Malah Azrul tidak mahu berhijrah ke tempat lain semata-mata ingin dekat dengan Rahayu. Kata-kata perangsang Rahayu agar dia bekerja sendiri tanpa makan gaji juga terus membakar semangatnya untuk bekerja sendiri iaitu menternak kambing di kampungnya.



7. Pertemuan antara Zain dan Anne di Christchurch, New Zealand ketika Zain cuba membaiki kereta Anne yang rosak

Pertemuan itu telah memutikkan bibit-bibit cinta yang akhirnya mengikat mereka dengan hubungan suami isteri yang mengembalikan semula nostalgia yang begitu bermakna bagi dua buah keluarga iaitu keluarga Faridah dan Datuk Azrul.



8. Operasi mencari Faridah dan Iqbal yang dinamakan OPS PDK melibatkan banyak pihak seperti Bomba dan Penyelamat, Hospital Daerah, RELA, Perhilitan dan Pejabat Daerah Raub serta Hulu Selangor.

Situasi ini menunjukkan kesungguhan pelbagai pihak bekerjasama berusaha mencari dan menyelamatkan dua orang rakyat tempatan yang hilang di Bukit Fraser.

Saturday 22 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Novel Latar Tempat

Soalan 4: Novel
[15 markah]
Jawab soalan di bawah berdasarkan novel-novel yang berikut:

(i) Papa... ( akhirnya kau tewas jua! ) karya Deana Yusuf
(ii) Renyah karya Gunawan Mahmood
(iii) Afza Hanani karya Halis Azhan Mohd Hanafiah
(iv) Melunas Rindu karya Hartini Hamzah
(v) Interlok karya Abdullah Hussain
(vi) Kabus di Perbukitan karya Mohamad Kholid Hamzah
(vii) Kembara Amira karya Amer Hamzah L. Kadir
(viii) Sutera Dalam Lukisan karya Abd Talib Hassan

(a) Sesebuah novel mengetengahkan pelbagai latar tempat untuk menjadikan jalan ceritanya lebih menarik.
Berdasarkan sebuah novel yang telah anda kaji, huraikan latar tempat dalam novel tersebut .
( 7 markah )



JAWAPAN
(Tips) 1. Pilih dua latar tempat sahaja untuk dijawab dalam peperiksaan.
2. Pilih latar tempat yang senang untuk diingat.

NOVEL MELUNAS RINDU

1. Danau Seberang
Fuad dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail tinggal.
Di situlah Fuad belajar mengaji dengan Pak Ismail.

2. Di surau, Danau Seberang
Fuad tiba di surau untuk solat Isyak berjemaah

3. Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Setia
Fuad berkhidmat sebagai guru sandaran Bahasa Inggeris. Dia diberi tugas penting iaitu mengajar Tingkatan 5 dan Tingkatan 3. Beliau berkhidmat bersama-sama dengan Cikgu Farhana.

4. Rumah Peter Lim di Sungai Ruan
Fuad pulang ke Sungai Ruan menziarahi apaknya Peter Lim setelah setahun tidak pulang.
Peter Lim sakit dan menghadapi masalah perbelanjaan hidup. Fuad berjanji akan menanggung perbelanjaan sekolah adik-adik sepupunya .
Fuad bertanya tentang ibunya kepada Peter Lim dan mahu mencari susur galur sebelah ibunya

5. Perkampungan Felda Lembah Klau
Fuad dan Pak Said bertemu dengan Pak Ngah Lias, dalam usaha Fuad mencari ibunya, Mariana.
Mariana dan Pak Seman tinggal sebelum mengikut kakak angkatnya berpindah Bentong.

6. Kampung Sedili – terletak di Kuala lipis
Fuad, Pak Said dan Pak Ngah Lias menjejaki kubur ibu Fuad, Mereka bertemu dengan Pak Shamsuddin yang akhirnya memberitahu bahawa ibu Fuad belum meninggal dunia.

7. Kawasan Perumahan Taman Tas, Kuantan
Terletaknya rumah Farhana dan di sinilah Fuad diperkenalkan kepada ibu Farhana, Mariana

8. Taman Syahbandar
Di sinilah letaknya sebuah restoran yang bernama Restoran Terapung Taman Syahbandar. Fuad makan bersama-sama dengan Farhana di restoran ini bagi meraikan hari lahir Farhana.

9. Rumah Cikgu Zamani
Fuad datang ke rumah Cikgu Zamani kerana sangkaannya ada jemputan doa selamat
Cikgu Zamani memujuk Fuad agar mengikuti jemaah yang dianggotainya.
Fuad mempertikaikan tentang jemaah agama yang banyak sedangkan agama islam itu hanya satu
Fuad berasa ada pertentangan pendapat tentang cara menarik masyarakat menghayati Islam. Fuad tidak bersetuju dengan sikap prejudis Cikgu Zamani sesama orang Islam iaitu Farhana

10. Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan
Tempat ibu Farhana, Mariana Osman dirawat. Di sinilah Fuad bertemu dengan ibunya semula. Robert Lim juga datang ke hospital ini dan bertemu dengan Fuad, Farhana serta Mariana.


11. Lapangan Terbang KLIA
Keluarga Fuad ( Farhana dan adik-adiknya) menghantar Fuad, Mariana, Pak Ismail dan Mak Salmah mengerjakan umrah.
Robert Lim turut hadir untuk mengucapkan selamat jalan dan memberitahu Fuad dia mungkin akan mengikuti mereka


KABUS DI PERBUKITAN

1. Di Perpustakaan, Universiti Pertanian Malaysia
Azrul dan Rahayu belajar dan mencari maklumat.
Rahayu tiba-tiba pengsan di sini.

2. Bukit Fraser
Tempat Faridah dan rakannya Mastura serta anak-anak muridnya mengadakan perkhemahan. Faridah meninggalkan tempat ini untuk pergi ke Raub.
Van yang dipandu oleh Faridah terbabas dan jatuh ke dalam gaung ketika menuruni Bukit Fraser menuju ke Pekan Raub.

3. Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia
Tempat Rahayu dirawat kerana menghidap kanser di leher.
Tempat Faridah dibawa untuk rawatan setelah ditemui di Sungai Dua oleh ayahnya Kamarudin dan Buyung
Tempat Rahayu dan Faridah bertemu setelah 14 tahun berpisah di alam ilusi
( bawah sedar)
Tempat Rahayu meninggal dunia di samping Faridah yang koma
Peristiwa luar biasa berlaku-ketika Rahayu meninggal dunia Faridah sedar dari koma

4. Di Bukit Kutu
Tempat Faridah hilang bersama-sama anak muridnya Iqbal
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung bermalan di Bukit Kutu untuk mencari Faridah.

5. Di Perkampungan Orang Asli Temuan
Mejar (B) Kamarudin dan Buyung tiba di perkampungan ini untuk mencari Faridah dan Iqbal. Mereka menemui Faridah dalam keadaan tidak sedar di rumah Tok Batin Senik

6. Di rumah Tuan Cecil Renking, Bukit Kutu
Faridah dan Iqbal ditemui oleh orang-orang Panglima Garang telah dibawa ke sini. Mereka telah diberi sebuah bilik bersebelahan dengan Amah Siti.

7. Sungai Besar, Selangor
Tempat kelahiran Rahayu dan Faridah tetapi Faridah dibesarkan oleh ibunya, Salmah setelah ibunya berpisah dengan bapanya Mejar (B) Kamaruddin
Rahayu dibawa pulang oleh Mejar (B) Kamarudin ke rumah ibunya Salmah ketika penyakit kansernya semakin serius.
Jenazah Rahayu / Salmah dan Ghazali disemadikan di Sungai Besar

8. Rosewood, Christchurch
Faridah menetap di Rosewood selama 25 tahun dan membina hidup barunya dengan berkahwin dengan Samuel Kirkby Johnsons (Soleh Johnsons)
Di sini juga Melina membawa Benny untuk berkenalan dengan Faridah dan Soleh.
Pusat penternakan kambing biri-biri

9. Auckland, New Zealand
Melina bekerja di Auckland sebagai pembantu pelukis pelan
Bertemu Benny di Gloria Coffee Bean. Pertemuan ini telah membawa mereka ke jinjang pelamin

10. Hotel Hilton, Kuala Lumpur.
Melina dan Benny menginap di hotel mewah ini setelah tiba dari new Zealand kerana Benny mempunyai urusan di Kuala Lumpur sebagai Pengarah Operasi Syarikat Al-Jabbar

11. Marang, Terengganu
Tempat tinggal Melina dan Benny selama 2 tahun
Banglo Melina di hadapan pantai Marang. Melina suka akan pemandangan laut kerana cuacanya lebih nyaman dan banyak menghabiskan masanya dengan melukis.
Tempat Melina dan Khadijah berbual-bual tentang nilai masyarakat Malaysia

12. Kampung Parit 13
Tempat tinggal Azrul dan di sinilah Azrul mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian

13. Cameron Highlands
Tempat Faridah dan Soleh Johnsons tinggal (Golf View Cottage)
Tempat pertemuan semula Faridah dengan Datuk Azrul (Teman sekuliah Rahayu).
Datuk Azrul datang untuk membincangkan perkahwinan antara Anne dan Zain
Tempat tinggal ramai Muslim berbangsa Inggeris seperti Musa Surray, Amir Mustov dan Ariff Carlsons

14. Tanah Tinggi Loging
500 ekar tanah dipajak oleh Datuk Azrul untuk pusat agropelancongan tanah tinggi

15. Di Emirate Hotel, Dubai.
Melina dan Soleh Johnson ke sini untuk menemui Benny. Benny yang melarikan diri tanpa sebarang berita telah meminta maaf kepada Melina kerana meninggalkannya seorang diri.

Tuesday 18 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Syair Makna Riak

Set 1
Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjami,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu,

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidaj berzikir Allah Taala,
Terkadang jzbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.



(i) Apakah maksud riak seperti yang dijelaskan oleh syair di atas?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, mengapakah segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap riak dalam perlakuan mereka?
[3 markah]
(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]





Skema Set 1

i. maksud riak ialah melakukan amal ibadat kerana manusia

ii. Segelintir masyarakat suka mengamalkan sikap riak kerana

- mereka suka menunjuk-nunjuk perlakuan mereka
- mereka ingin dipuja oleh masyarakat
- mereka ingin dipandang tinggi atau dihormati

iii. Pengajaran
- Kita hendaklah mengelakkan sikap riak
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada menunjuk-nunjuk kelebihan diri.
- Kita hendaklah melakukan sesuatu perkara dengan ikhlas
- Kita hendaklah mengelakkan diri daripada melakukan perkara yang membawa kepada syirik
- Kita hendaklah menggunakan ilmu yang dimiliki kea rah kebaikan.





Set 2
Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjami,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu,

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidaj berzikir Allah Taala,
Terkadang jzbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.



(i) Apakah akibat yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap riak? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, bagaimanakah seseorang itu dapat menghindari sikap riak? [3 markah]
(iii) Huraikan dua nilai kemanusia yang terdapat dalam syair di atas. [4markah]






Skema jawapan Set 2

i. Akibat yang akan diterima
- riak mendatangkan bala
- amalan kita akan ditolak
- Allah tidak suka akan sifat riak

ii. Cara menghindari sikap riak
- tidak menunjuk-nunjuk
- sentiasa merendah diri
- sentiasa bersyukur
- sentiasa berbaik sangka
- menerima kelebihan orang lain


iii. Nilai
- Kesyukuran – bersyukur dengan ilmu yang dimiliki
- Kesederhanaan – bersederhana dalam segala perbuatan tanpa menunjuk-nunjuk







Set 3
Syair Makna Riak

Kemudian dinyatakan makna riak,
Amal ibadat kerana manusia,
Inilah kebencian Tuhan yang sedaya,
Sebab kerana syirikkan Dia.

Terkadang riak pula dilakukan,
Mengiringkan beberapa puasa tak makan,
Bertutur itu suara diperlahankan,
Tubuh dan badan tidak dihiraukan.

Supaya disangka ianya wali,
Akan dunia tidak peduli,
Hemahnya itu sangatlah ali,
Tetapi hatinya ke dunia bertali.

Terkadang riakkan ia berilmu,
Bersurah ketika orang berjami,
Berkata-kata tidaklah jemu,
Nahu dan sarap habis diramu,

Terkadang bercakap ilmunya mantik,
Bicara alhayat konon diselidik,
Supaya disangka ianya cerdik,
Sukalah orang memberinya gundik.

Terkadang riak dengan pakaian,
Berserban lilit ekor berhambayan,
Sejadah di bahu bersampaian,
Tasbih di tangan beruitan.

Pejamkan mata duduk bersila,
Lidaj berzikir Allah Taala,
Terkadang jzbah seperti gila,
Kasadnya hendak jadi kepala.

Riak demikian menjadi balak,
Amal itu tentu ditolak,
Terkadang dilemparkan ke mukanya pulak,
Allah Taala sualak.




(i) Mengapakah Tuhan benci akan sikap riak?
[2 markah]
(ii) Pada pendapat anda, apakah kesan yang akan diterima oleh seseorang yang bersikap riak dalam pergaulannya dengan masyarakat?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam syair di atas. [4 markah]





Skema Pemarkahan Set 3

i. Sikap riak dibenci Tuhan kerana sikap tersebut mendatangkan syirik

ii. Kesan yang akan diterima
- akan dibenci oleh masyarakat
- akan dipulaukan oleh masyarakar
- akan dipandang hina

iii. Persoalan

- sifat riak dibenci oleh Tuhan
- terdapat golongan yang suka menunjuk-nunjuk
- menggunakan ilmu ke jalan kebaikan
- orang yang riak akan menerima balasan

Saturday 15 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Syair Definisi Orang Berakal

SET 1

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jikalau ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

ABU HASSAN SHAM (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i) Berdasarkan rangkap keempat syair, apakah sifat-sifat orang berakal?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang jahat?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut.
[4 markah]




JAWAPAN SET 1


(i) Sifat-sifat orang berakal berdasarkan rangkap keempat:
- mentaati perintah/ hukum agama
- tidak bersikap tamak
- selalu bertawakal/ berserah kepada Tuhan
(Maksimum: 2 markah)

(ii) Sebab-sebab kita perlu mengelakkan diri daripada berkawan dengan orang yang jahat:
- supaya tidak terikut-ikut dengan perangai buruk mereka
- supaya tidak terjerumus ke lembah keji/ dosa
- supaya tidak dibenci/ dipandang rendah oleh masyarakat
- supaya nama baik keluarga terpelihara
(Maksimum: 3 markah)

(iii) Dua nilai murni yang terdapat dalam syair tersebut.
- Bijaksana – orang yang bijaksana akan dilantik sebagai pemimpin dan dipandang mulia
- Kasih sayang – orang yang berakal sangat mengasihi ketua dan rakan-rakannya
- Ketaatan – orang yang berakal taat kepada hukum syarak/ perintah agama
- Kerajinan – orang yang berakal sentiasa mentelaah untuk mendalami ilmu pengetahuan tanpa rasa jemu
(Maksimum: 4 markah)





SET 2

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jikalau ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

ABU HASSAN SHAM (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.

(i) Berdasarkan rangkap pertama syair, apakah kelebihan orang yang berakal?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai sifat merendah diri? [3 markah]

(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut.
[4 markah]







JAWAPAN SET 2


(i) Kelebihan orang yang berakal berdasarkan rangkap pertama syair:
- dipandang mulia
- pengikutnya hidup bahagia
(Maksimum: 2 markah)

(ii) Sebab-sebab seseorang itu perlu mempunyai sifat merendah diri:
- supaya disenangi oleh masyarakat
- mendapat ramai kawan
- dituntut oleh agama
- agar tidak dianggap sombong oleh orang lain

(Maksimum: 3 markah)

(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam syair tersebut:
- Ketinggian status/ taraf orang yang berilmu
- Kebijaksanaan orang yang berakal menyelesaikan masalah
- Kepatuhan kepada perintah Tuhan dan menjauhi larangan-Nya
- Kasih sayang dalam persahabatan
- Kegigihan menuntut ilmu
(Maksimum: 4 markah)





SET 3

Baca syair di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

SYAIR DEFINISI ORANG BERAKAL

Orang berakal sangatlah mulia,
Pakaian anbia dan aulia,
Barang siapa mengikut dia,
Itulah tanda orang bahagia.

Kerana ia akalnya tajam,
Menjadi kepala bela bermacam,
Jikalau mata melihatkan kejam,
Disebutlah jalannya ia tersunjam.

Telek pandangan dengan makrifat,
Sangatlah mengasihi tuan dan sahabat,
Tiada mengasihi orang yang jahat,
Takut akhirnya menjadi fazihat.

Sebagai lagi tanda berakal,
Perintah syarak tidak menyangkal,
Menjauhkan tamak hendak tawakal,
Ibanya tahu dunia tak kekal.

Jikalau ia dikasihi raja,
Tiadalah ia melanja-lanja,
Tiadalah menyombong pada bekerja,
Dengan taulannya bersamaan sahaja.

Apabila raja kasih sangat,
Makin itu makin ia ingat,
Segala taulannya hatinya dihambat,
Merendahkan diri serta berkhidmat.

Demikian lagi dengar olehmu,
Tanda berakal kasihkan ilmu,
Suka mentelaah tiadalah jemu,
Mencari kupasan jangan tersemu.

ABU HASSAN SHAM (Penyelenggara)
Antologi Harga Remaja
Dewan Bahasa dan Pustaka.


(i) Nyatakan ciri-ciri orang berakal seperti yang digambarkan dalam rangkap terakhir syair tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memastikan anak-anak mereka mempunyai fikiran yang tajam?
[3 markah]

(iii) Nyatakan empat pengajaran yang diperoleh daripada syair tersebut.
[4 markah]





JAWAPAN SET 3

(i)Ciri-ciri orang berakal seperti yang digambarkan dalam rangkap terakhir syair tersebut:
- sentiasa mencintai ilmu
- mentelaah ilmu tanpa jemu
- membuat penyelidikan secara mendalam
(Maksimum: 2 markah)

(ii) Cara-cara yang boleh dilakukan oleh ibu bapa untuk memastikan anak-anak mempunyai fikiran yang tajam:
- menggalakkan anak-anak membaca
- berbincang dengan anak-anak tentang sesuatu isu/ topik
- membelikan anak-anak permainan yang menguji kepintaran
- mengutamakan pemakanan yang berkhasiat
- memberikan pil perangsang minda kepada anak-anak
(Maksimum: 3 markah)

(iii) Empat pengajaran yang diperoleh daripada syair tersebut:
- Kita hendaklah mencontohi sifat-sifat orang yang berakal agar kehidupan lebih bahagia
- Kita hendaklah mematuhi perintah Tuhan agar terhindar daripada kemungkaran
- Kita hendaklah menyayangi sahabat yang baik agar tidak terpengaruh oleh gejala negatif
- Kita hendaklah merendah diri agar terhindar daripada sifat sombong dan takbur
- Kita hendaklah gigih menuntut ilmu supaya hidup senang kemudian hari
(Maksimum: 4 markah)

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Seloka Si Luncai

(Set 1)

Baca seloka di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.



(i) Nyatakan tiga sikap yang tidak sepatutnya dibuat oleh Si Luncai.
[3 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan untuk menjadi seorang ayah yang bertanggungjawab kepada anaknya?
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka di atas.
[3 markah]





Skema Jawapan (Set 1)

(i) Tiga sikap negatif Si Luncai
- tidak menjaga rumahnya
- tidak mendidik anaknya
- tidak menjaga ternakannya
- tidak menjaga kebunnya
- tidak menggunakan akal dengan baik
- tidak menggunakan tenaga yang ada dengan sebaik-baiknya
[maksimum 3 markah]



(ii) Tindakan seorang ayah yang bertanggungjawab
- memberikan kasih sayang/ prihatin
- memberi pendidikan agama
- menyediakan/ memberi perbelanjaan/ kemudahan pembelajaran
- memantau pergerakan anak/ pergaulan
- sediakan tempat tinggal yang selesa
- beri wang secukupnya
[maksimum 3 markah]
(iii) Tiga pengajaran:
- kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga 1m
- kita hendaklah menggunakan akal fikiran dengan sebaik-baiknya 1m
- kita hendaklah rajin berusaha untuk memperbaiki kehidupan 1m
- kita mestilah tabah dan sabar menghadapi dugaan hidup 1m
- ibu bapa mestilah memberikan pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak 1m

[maksimum 3 markah]






(Set 2)

Baca seloka di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.



(i)Apakah maksud Ada belajar kepalang ajar?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah akibat jika kita tidak menggunakan akal fikiran dalam mengambil sebarang tindakan dalam sesuatu perkara?
[3 markah]

(iii) Nyatakan empat nilai murni yang terdapat dalam seloka di atas.
[4 markah]







Skema Jawapan (Set 2)

(i) Maksud Ada belajar kepalang ajar:
- menuntut ilmu tetapi separuh jalan
- mempelajari sesuatu tetapi tidak habis
- ilmu yang tidak sempurna dituntut [maksimum 2 markah]



(ii) Akibat tidak menggunakan akal fikiran
- mengakibatkan rasa menyesal
- keputusan / tindakan yang salah/ silap
- merugikan/ menyusahkan diri sendiri/ orang lain
- merendahkan maruah/ tercemar/ dipandang rendah
- salah/ bertentang dengan ajaran agama
[maksimum 3 markah]
(iii) Empat nilai murni:
- Nilai kerajinan/ kegigihan
- Nilai bertanggungjawab
- Nilai berilmu pengetahuan
- Nilai kesedaran
- Nilai kasih sayang
[maksimum 4 markah]







(Set 3)

Baca seloka di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Seloka Si Luncai

Sikap Si Luncai, biarkan, biarkan ...
Ada rumah tidak dijaga,
Ada anak tidak dilatih,
Ada ternakan tidak dibela,
Ada kebun tidak ditanam,
Ada cerdik tidak selidik,
Ada belajar kepalang ajar,
Ada mengaji tiada mengkaji,
Ada mata tiada kuasa,
Ada kuat tiada buat,
Biarkan, biarkan ...!
Si Luncai pun terjun dengan labu-labunya.

Antologi Dirgahayu Bahasaku,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.



(i) Apakah maksud Ada cerdik tidak selidik?
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang akan berlaku jika ibu bapa tidak mendidik anak-anak mereka dengan baik?
[3 markah]

(iii) Berikan tiga persoalan yang terdapat dalam seloka di atas.
[4 markah]







Skema Jawapan (Set 3)

(i) Maksud Ada cerdik tidak selidik:
- mempunyai akal fikiran tetapi tidak menyiasat
- memiliki fikiran tetapi bertindak terburu-buru
[maksimum 2 markah]



(ii) Akibat tidak mendidik anak-anak
- anak-anak tidak menghormati ibu bapa
- anak-anak akan bertindak mengikut kata hati/ fikiran sendiri/ hawa nafsu
- anak-anak akan melakukan perkara-perkara yang dilarang agama/ salah
- anak-anak akan memalukan ibu bapa/ mencemar maruah/ menconteng arang
- masa depan anak-anak gelap/ musnah/ tidak terjamin/ tidak bahagia
[maksimum 3 markah]
(iii) Tiga persoalan:
- Sikap manusia yang tidak bertanggungjawab terhadap keluarga
- Tindakan manusia yang melulu dan tidak menggunakan akal fikiran yang waras
- Ilmu yang ada tetapi tidak digunakan dengan sewajarnya
- Sikap malas yang perlu dihapuskan dalam diri
- Sikap tidak mengambil endah terhadap keadaan persekitaran

[maksimum 3 markah]

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Seloka Emak Si Randang

SELOKA EMAK SI RANDANG

SET 1

Baca seloka berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.)


(i) Nyatakan tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi
tetamu?
[4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka tersebut.
[3 markah]




SET 2

Baca seloka berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.)


(i) Berikan maksud
Anak dipangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
[2 markah]

(ii) Seloka di atas menyentuh tentang sikap negatif Emak Si Randang.
Pada pendapat anda, apakah kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang
berterusan bersikap sedemikian?
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]





SET 3

Baca seloka berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Seloka Emak Si Randang

Baik budi Emak Si Randang,
Dagang lalu ditanakkan,
Tiada kayu rumah diruntuhkan,
Anak pulang kelaparan,
Anak di pangku diletakkan,
Kera di hutan disusui,
Dagang pergi awak terhutang,
Beras habis padi tak jadi.

Md. Ali Bachik (Penyelenggara)
(Antologi Harga Remaja,
Dewan Bahasa dan Pustaka, 2009.)


(i) Apakah masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang berdasarkan seloka tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang? [3 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka tersebut.
[4 markah]






JAWAPAN SELOKA EMAK SI RANDANG

SET 1

(i) Tindakan-tindakan yang tidak wajar dilakukan oleh Emak Si Randang:
- meruntuhkan rumah kerana tiada kayu
- anak dipangku diletakkan, kera di hutan disusui
- dagang pergi awak menanggung hutang


(ii) Yang perlu dilakukan oleh seseorang jika didatangi tetamu:
- memberikan layanan yang baik
- bersifat ikhlas dengan menunjukkan muka yang manis
- menyediakan jamuan dan kemudahan mengikut kemampuan
- menjaga suasana rumah supaya tidak mengganggu tetamu
- memakai pakaian yang bersih, kemas dan menutup aurat

(iii) Tiga pengajaran yang terdapat dalam seloka:
- kita mestilah menghormati tetamu yang berkunjung ke rumah
- kita mestilah menjaga harta benda milik kita agar tidak mengalami kerugian
- kita mestilah mengutamakan tanggungjawab terhadap keluarga terlebih dahulu
berbanding orang lain
- kita seharusnya bijak membuat pertimbangan
- kita hendaklah berpada-pada membantu orang lain
- kita hendaklah mengenang jasa orang lain





SET 2

(i) Maksud:
- Emak Si Randang lebih mementingkan orang luar daripada ahli keluarga sendiri


(ii) Kesan yang timbul sekiranya Emak Si Randang berterusan bersikap sedemikian: - menyusahkan diri sendiri dan keluarga
- menyebabkan hubungan antara ahli keluarga menjadi tegang
- terpaksa menanggung pelbagai kerugian


(iii) Dua persoalan yang terdapat dalam seloka:
- persoalan mengutamakan orang lain lebih daripada keluarga sendiri
Cth: Emak Si Randang menolong orang lain hingga mengabaikan anak/keluarga sendiri
- persoalan mengalami kerugian akibat sikap orang yang dibantu tidak mengenang
budi
Cth: Emak Si Randang menolong orang sehingga berasnya habis dan banyak hutang




SET 3

(i) Masalah yang dihadapi oleh Emak Si Randang:
- menanggung hutang
- beras habis
- padi yang ditanam tidak menjadi


(ii) Sebab sesetengah orang terjebak dalam kancah hutang:
- berbelanja melebihi had kemampuan diri sendiri
- berbelanja secara boros
- tidak membuat perancangan sebelum berbelanja
- tidak membuat simpanan untuk digunakan semasa menghadapi kecemasan
atau masalah


(iii) Tiga nilai kemanusiaan yang terdapat dalam seloka:
- nilai bertanggungjawab iaitu menyediakan keperluan, seperti makanan, pakaian
dan sebagainya untuk keluarga
- nilai rasional iaitu tidak mengabaikan keluarga semata-mata kerana membantu
orang lain
- nilai berhemat iaitu tidak berbelanja terlalu boros sehingga terpaksa menanggung
hutang
- baik hati iaitu membantu orang yang memerlukan pertolongan
- nilai kesederhanaan iaitu bersederhana dalam membuat amalan sedekah

Thursday 13 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Pantun 8 Kerat & 6 Kerat

Pantun Lapan Kerat


(Set 1)

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
DI tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.


Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.


Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Apakah akibat jika kita bersikap lalai seperti yang dinyatakan dalam pantun di atas?
(2 markah)
2. Sebagai khalifah Allah, manusia pasti akan menghadapi pelbagai masalah dalam
membimbing manusia ke jalan yang benar. Pada pendapat anda apakah masalah-masalah
yang mungkin dihadapi
.
(3 markah)

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas
(4 markah)


Pantun Lapan Kerat

(Set 2)

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
DI tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Terangkan kebaikan-kebaikan yang kita perolehi jika kita mengamalkan sifat sabar.
(2 markah)

2. Rangkap kedua pantun menyatakan bahawa manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi ini.
Pada pendapat anda, apakah yang harus kita lakukan sebagai khalifah Allah di muka bumi
ini?
(3 markah)

3. HUraikan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam pantun di atas.
(4 markah)


Pantun Lapan Kerat


(Set 3)

Buat bangsal di tengah hutan,
Tebaslah hutan buat halaman,
DI tepi halaman menanam kubis,
Diselang dengan pokok papaya;
BIarlah bersabar dengan perlahan,
Itulah tanda tuan beriman,
Tidak patah digoncang iblis,
Akhirnya tuan menang berjaya.

Ikan teluk parang-parang,
Anak ketam disangka lelabi,
Berburu musim tengkujuh,
Dapat buruan dibelah-belah;
Bukan makhluk sebarang-barang,
Cucu Adam sepaian nabi,
Turun dari langit ketujuh,
Jadi khalifah kepada Allah.

Lengkang-lengkung apa dipaku,
Paku jatuh patah dua,
Menjadi riuh orang di darat,
Anak Cik Itam jatuh jalar;
Bumi kandungan nenek moyangku,
Kerana lalai rosak binasa,
Kebudayaan Timur dinodai Barat,
Bahasa ibunda hina terbiar.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


i. Apakah faktor-faktor yang menyebabkab negara menjadi rosak binasa
(2 markah)

ii. Rangkap ketiga pantun di atas memaparkan kebudayaan dan bahasa kita telah tercemar. Pada
pandangan anda, bagaimanakah caranya kita menjaga kebudayaan dan bahasa kita agar tidak
tercemar?
( 3 markah)

iii. Huraikan tema pantun ini.
(4 markah)





Skema jawapan

Set 1 (Pantun Lapan Kerat)

1. Akibat sikap lalai
…bumi/tanah pusaka/negara musnah
…kebudayaan timur tercemar/dinodai barat
…bahasa ibunda terbiar/terabai


2. Masalah-masalah yang dihadapi
… lemah iman/mudah terpengaruh/lalai
…kurang sokongan/kerjasama masyarakat
…pengaruh persekitaran
…Kesuntukan masa/sibuk

3. Dua persoalan
…tanggungjawab terhadap bahasa, budaya & negara
…ketabahan menghadapi kehidupan
… kepentingan menjalankan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di muka bumi


Set 2 (Pantun Lapan Kerat)


1. Kebaikan sifat sabar
…tidak mudah dipengaruhi iblis
…mampu mencapai kejayaan


2. Perkara yang harus dilakukan sebagai khalifah Allah
…berusaha menjaga tingkah laku/peribadi
…menyedarkan/menasihati orang lain agar tidak melakukan perkara yang tidak baik
… membantu mereka yang lemah/yang memerlukan bantuan



3. Dua nilai
…Kesabaran – sabar dalam menhadapi dugaan atau keadaan yang tidak baik
…kegigihan – gigih berusaha dalam mencapai kejayaan
…bertanggungjawab –bertanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi dengan sebaik-
baiknya





Set 3 (Pantun Lapan Kerat)

1. Sikap yang menyebabkan negara musnah
…lalai terhadap budaya sendiri
…memandang tinggi/menyanjung budaya barat

2. Cara menjaga kebudayaan & bahasa
… menyanjung tinggi budaya & bahasa sendiri
…mengamalkan budaya & bahasa ibunda
…tidak mudah dipengaruhi budaya & bahasa asing
…peka terhadap pengaruh luar
… menimbang/memikirkan baik buruk sesuatu budaya asing sebelum mengamalkannya

3. Tema pantun
…Tanggungjawab terhadap diri sendiri, bahasa, budaya dan negara – Kita bertanggungjawab
Sebagai khalifah Allah untuk menjaga diri sendiri, bahasa, budaya & Negara agari tidak
tercemar





Pantun Enam Kerat

(Set 1)

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Berikan maksud ibarat kaca jatuh ke lantai.
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah faedah jika kita tidak menyalahkan nasib apabila sesuatu
perkara buruk menimpa kita?
[3 markah]

3. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun di atas.
[4 markah]





Pantun Enam Kerat

(Set 2)

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010



1.Apakah yang menyebabkan watak dalam pantun di atas bersedih?
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah tindakan yang wajar dilakukan oleh seseorang
Bagi menghilangkan rasa sedih akibat putus cinta?
[3 markah]

3. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun di atas.
[4 markah]






Pantun Enam Kerat

( Set 3)

Putik kelapa menjadi muda,
Kelapa muda menjadi kemirau,
Sudah kemirau menjadi kotai;
Hati luka pura tiada,
Rasa pedih buat tak hirau,
Ibarat kaca jatuh ke lantai.

Ambil galah jolok kedondong,
Galah pendek buluh sumpitan,
Buluh bersisip tali jerami;
Bukan salah ibu mengandung,
Sudah takdir sudah suratan,
Sudah nasib jadi begini.

Sarat bermuat ikan cecaru,
Gelama tidak berumpan lagi,
Kali tersangkut di tepi batang;
Sudah dapat orang yang baru,
Yang lama tidak berkenan lagi,
Ibarat melukut di tepi gantang.

Antologi Dirgahayu Bahasaku, Dewan Bahasa dan Pustaka 2010


1. Beri maksud rangkap ke tiga pantun di atas?
(2 markah)

2. Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang boleh dilakukan untuk membantu
mereka yang menghadapi masalah putus cinta?
(3 markah)

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun di atas.
( 4 markah)





Skema jawapan

Set 1 (Pantun Enam Kerat)


1. maksud…perasaan yang sangat sedih

2. Faedah
….supaya tidak mudah berputus asa
… akan sentiasa berfikiran positif
… akan sentiasa mencari jalan menyelesaikan masalah

3. Dua pengajaran
…Kita hendaklah bersikap rasional dalam menangani masalah percintaan agar tidak mengganggu masa
hadapan hidup kita
…Kita hendaklah tabah dalam menghadapi dugaan hidup seperti ditinggal kekasih
…Kita hendaklah bertanggungjawab atas segala masalah yang menimpa diri sendiri dan tidak
menyalahkan orang lain

Set 2 (Pantun Enam Kerat)

1. Watak bersedih kerana
…putus cinta
…ditinggalkan kekasih

2. Tindakan wajar dilakukan
…cuba menerima dugaan secara positif/menerima takdir
…meluahkan masalah kepada orang yang boleh dipercayai/kaunseling
… elakkan diri bersendirian
… melancong/bersiar-siar
…berdoa kepada tuhan

3. Dua nilai murni

….bertanggungjawab – bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup kita

…ketabahan – tabah menghadapi dugaan dalam percintaan/hidup

… rasional – menerima dugaan walaupun pahit




Set 3 (Pantun Enam Kerat)


1.Maksud :
…setelah mendapat kekasih baharu, yang lama ditinggalkan/dipinggirkan / tidak dipedulikan


2. Langkah untuk membantu
…memberi nasihat/motivasi agar tabah menerima dugaan hidup
… membawa berjumpa guru kaunseling/kaunselor
… mengajak bersiar-siar/melancong/ berhibur bagi melupakan masalah
…mengajak mereka mendekatkan diri dengan tuhan

3. Dua persoalan
…kepedihan/kesedihan hati kerana kehilangan orang yang dicintai
…ketabahan menerima takdir hidup
…bertanggungjawab atas segala yang terjadi dalam hidup

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM )Puisi Tradisional Pantun Empat Kerat

PANTUN EMPAT KERAT

Baca pantun di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


PANTUN EMPAT KERAT(BUDI)

Terang bulan terang di paya,
Anak kambing memakan rumput;
Jika tak kenang kepada saya,
Nama yang baik tidak tersebut.

Anak merak mati tersangkut,
Mati dipanah Sri Rama;
Resam di dunia juga disebut,
Orang yang mati meninggalkan nama.

Anak itik terenang-renang,
Air pasang tenang-tenangan;
Budi sedikit bila kan hilang,
Itu menjadi kenang-kenangan.

Anak ikan berlima-lima,
Mati ditimpa punggur berdaun;
Kasih tuan saya terima,
Sebagai hutang seribu tahun.


Anwar Ridhwan (Penyelenggara)
Hati Mesra Pantun Melayu Sebelum 1914, 2004
Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Set 1

1. Berikan maksud nama yang baik tidak tersebut.
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah kebaikan berbudi akan sentiasa disanjung tinggi?
[3 markah]

3. Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini.
[4 markah]





Set 2

1. Berikan maksud rangkap dua pantun di atas.
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah bentuk sumbangan yang dapat kita hulurkan kepada masyarakat? [3 markah]

3. Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini.
[4 markah]



Set 3

1. Nyatakan dua kelebihan orang yang berbudi dalam pantun di atas.
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, mengapakah masyarakat sekarang tidak mementingkan amalan berbudi?
[3 markah]

3. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini.
[4 markah]





Skema Set 1:

1. Maksud:
Seseorang yang melakukan kebaikan/kebajikan tidak akan dilupakan/akan dikenang/disebut-sebut/diingati

2. Pendapat:
-Dipandang mulia dalam budaya masyarakat Malaysia
-Dapat membantu menyelesaikan pelbagai masalah
-Mendapat pahala
-Mengeratkan hubungan sesama manusia
-Disukai orang lain

3. Pengajaran:
Kita hendaklah sentiasa berbuat baik kepada orang lain
Kita perlulah bersikap ikhlas dalam menghulurkan bantuan
Kita wajarlah menjauhi sifat suka mementingkan diri sendiri
Kita hendaklah menghormati orang yang suka berbudi dalam masyarakat
Kita hendaklah mengenang budi dan berazam untuk membalas budi baik
seseorang



Skema Set 2:

1. Maksud:
Sudah menjadi adat manusia/resam/lumrah dunia, orang yang baik akan dikenang walaupun sudah meninggal dunia
Orang yang berjasa/berbudi akan meninggalkan nama yang baik selepas meninggal dunia

2. Pendapat:
-Tidak mengganggu ketenteraman orang lain/masyarakat sekitar
-Sentisa memberikan kerjasama dalam kerja-kerja amal di kawasan tempat
tinggal
-Menghulurkan bantuan sama ada tenaga atau material kepada mangsa-
mangsa musibah/bencana alam
-Mencurahkan ilmu kepada masyarakat sekitar
-Menderma
-Menyumbangkan tenaga/menjadi jurulatih dalam kegiatan sukan

3. Persoalan:
-Budi sangat berharga dalam masyarakat
-Orang yang berbudi akan sentiasa dikenang walaupun sudah meninggal dunia
-Budi seseorang tidak akan dilupakan begitu sahaja

.

Skema Set 3:

1. Dua kelebihan:
-Namanya disebut-sebut/dikenang
-Meninggalkan nama yang baik setelah meninggal dunia
-Namanya disanjung walaupun budinya sedikit
-Orang yang makan budi akan terasa seperti berhutang sepanjang hidup

2. Pendapat:
-Mereka mampu menyediakan semua keperluan untuk diri dan keluarga
-Mereka mendapatkan pertolongan daaripada sesuatu pihak dengan cara
membayar upah
-Mereka lebih memikirkankan status/taraf untuk memohon pertolongan/budi
daripada orang lain
-Mereka lebih bersikap keakuan/mementingkan diri sendiri

3. Nilai-nilai murni:
-Baik hati : sudi menghulurkan pertolongan terutama kepada orang yang
memerlukannya.
-Keikhlasan: membantu/memberi pertolongan tanpa memikirkan balasan.
-Mengenang budi : sentiasa mengingati budi yang ditaburkan dan cuba
membalasnya.




PANTUN EMPAT KERAT ( JENAKA DAN SINDIRAN)

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


PANTUN JENAKA DAN SINDIRAN

Apa guna berkain batik,
Kalau tidak memakai capal;
Apalah guna beristeri cantik,
Kalau tak pandai menumbuk sambal.

Dari Kelang lalu ke Jawa,
Naik sigai ke atas atap;
Ikan kering lagi ketawa,
Mendengar tupai membaca kitab.

Ambil segulung rotan saga,
Suruh diambil mari diurut;
Duduk termenung harimau tua,
Melihat kambing mencabut janggut.

Kupu-kupu terbang melintang,
Hinggap menghisap bunga layu;
Hati di dalam menaruh bimbang,
Melihat ikan memanjat kayu.

Lebat sungguh padi di paya,
Kayu tumbang tepi pangkalan;
Hairan sekali hati saya,
Burung terbang disambar ikan.

Harun Mat Piah(Penyelenggara)
Puisi Melayu Tradisional: Nasihat dan Pengajaran, 2004
(Antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)



Set 1:

1. Nyatakan dua perkara ganjil yang terdapat dalam pantun ini.
[2 markah]

2. Pada pendapat anda, apakah kesan jika seseorang itu memilih isteri berdasarkan kecantikan semata-mata?
[3 markah]

3. Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam pantun ini?
[4 markah]



Set 2:

1. Berikan maksud rangkap pertama pantun di atas
[2 markah]

2. Huraikan dua nilai murni yang terdapat dalam pantun ini?
[4 markah]

3. Jelaskan dua pengajaran yang terdapat dalam pantun ini?
[4 markah]





Skema Set 1:
1. Dua perkara ganjil:
-ikan kering lagi ketawa
-tupai membaca kitab
-duduk termenung harimau tua
-kambing mencabut janggut
-ikan memanjat kayu
-burung terbang disambar ikan.

2. Pendapat:
-kebahagiaan rumahtangga tidak kekal lama
-urusan rumahtangga akan terabai
-asuhan anak-anak tidak sempurna
-suami diabaikan kerana asyik menjaga kecantikan sahaja


3. Persoalan:
-Tanggungjawab isteri yang utama adalah menguruskan rumah tangga seperti memasak

-Sikap sesetengah orang yang tidak berilmu/tidak mahir dalam sesuatu bidang tetapi ingin
menunjukkan kepandaiannyanakan diketawakan orang
-Sesuatu pihak/pemimipin yang sebelum ini berkuasa tetapi telah hilang kuasa menyebabkan
rakyat/orang bawahan akan berasa bebas/lega.
- Keupayaan orang yang lazimnya dianggap lemah tetapi mampu melakukan sesuatu yang mengagumkan.



Skema Set 2:
1. Maksud: seseorang yang berwajah rupawan/jelita sahaja tidak memadai jika tidak pandai memasak

3. Pengajaran:
-Kaum wanita hendaklah menguasai pelbagai ilmu dalam menguruskan rumahtangga

-Kita hendaklah mempunyai ilmu dan kemahiran dalam sesuatu bidang jika ingin menunjukkan
kepandaian agar tidak mendapat malu/dipandang rendah
-Kita hendaklah menjauhi sikap suka memandang rendah terhadap orang yang lemah kerana
mungkin suatu hari mereka akan mengatasi kita
-Kita hendaklah menghormati pihak lain walaupun mereka golongan rendah/ gol bawahan


3. Dua nilai:
-Kebijaksanaan-isteri yang bijaksana dalam menguruskan rumahtangga
-Merendah diri- merujuk kepada mereka yang lebih arif dan tidak menunjuk-nunjuk
sesuatu perkara yang bukan dalam kepakaran/kemahiran kita
-Keyakinan diri-sentiasa berusaha meningkatkan kebolehan diri supaya kita
tidak dipandang rendah oleh orang lain.

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Puisi Tradisional Gurindam Tonggak Dua Belas

GURINDAM TONGGAK DUA BELAS


SET 1

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi tenang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.


Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka






(i) Berikan maksud Pengaruh kepimpinan melalui teladan, baik buruk jadikan sempadan. [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah kita perlu bersikap sabar dalam menjalankan tugas.
[3 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam gurindam di atas
[4 markah]





SET 2

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi tenang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.


Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka




(i) Apakah maksud baris jangan dinanti esok lusa. [2 markah]


(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang itu perlu mempunyai keperibadian mulia dalam
kehidupan.
Berikan tiga sebab. [3 markah]


(iii) Nyatakan empat nilai murni yang anda peroleh melalui puisi di atas. [4 markah]




SET 3

Baca puisi di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


GURINDAM TONGGAK DUA BELAS

Hendak pandai menghargai masa,
Jangan dinanti esok lusa.

Ketekunan akan membawa kejayaan,
Kegigihan bekerja dengan keupayaan.

Wajah ceria keseronokan bekerja,
Usah berduka bermuram durja.

Hidup dalam kemuliaan kesederhanaan,
Bertindak dengan penuh kebijaksanaan.

Ketinggian peribadi jadi amalan,
Ketelusan hati jadi bekalan.

Kekuatan sifat baik hati,
Bertimbang rasa dan bersimpati.

Pengaruh kepimpinan melalui teladan,
Baik buruk jadikan sempadan.

Menjadi kewajipan menjalan tugas,
Walaupun sederhana tetapi tegas.

Kebijaksanaan berhemat perlu diutama,
Tidak membazir teliti saksama.

Keutamaan kesabaran fikiran tenang,
Perkara susah menjadi tenang.

Peningkatan bakat diberi sokongan,
Tunjukkan kebolehan jadikan dorongan.

Nikmat mencipta budaya kreatif,
Kembangkan bakat semoga aktif.


Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka




(i) Apakah maksud ketelusan hati jadi bekalan. [2 markah]


(ii) Pada pendapat anda, apakah ciri-ciri pemimpin yang dapat dijadikan teladan oleh orang
bawahannya. [3 markah]


(iii) Jelaskan dua persoalan yang terdapat dalam puisi tersebut. [4 markah]






SKEMA JAWAPAN (GURINDAM TONGGAK DUA BELAS)

SET 1

(i) Maksud;

Seseorang pemimpin menjadi teladan kepada orang lain, setiap kejadian dapat dijadikan
panduan hidup

(ii) Sebab-sebab;

- hasil kerja lebih berkualiti
- tidak melakukan sebarang kesilapan
- tidak membazir masa / tenaga

(iii) Pengajaran;

- kita hendaklah menghargai masa
- kita mestilah tekun dalam menjalankan tugas / tanggungjawab
- kita mestilah berjimat cermat dalam menjalankan tugas
- kita wajarlah bersabar semasa menjalankan tanggungjawab



SET 2

(i) Maksud;

- usah / tidak bertangguh


(ii) Sebab-sebab;

- sentiasa mengamalkan nilai baik
- dihormati / dipandang mulia
- jujur / amanah dalam menjalankan tugas
- mendapat keberkatan hidup


(iii) Nilai murni;

- nilai menghargai masa
- nilai ketekunan
- nilai berjimat cermat
- nilai kesabaran






SET 3

(i) Maksud;

- kejujuran sebagai amalan hidup


(ii) Ciri-ciri;

- tidak sombong
- sedia mendengar pendapat orang lain / berfikiran terbuka
- bekerja bersama-sama pegawai bawahan
- menjaga/ mengambil berat kebajikan pekerja
- bijak menyelesaikan masalah

(iii) Persoalan;

- persoalan menghargai / menepati masa dalam menjalankan tugas
- persoalan kegigihan bekerja demi mencapai kejayaan
- persoalan kebijaksanaan mengamalkan jimat cermat dalam menjalankan tugas

Wednesday 12 October 2011

Tujuh Wasiat Bumi

Dalam kemurahan dan menyembuhkan
jadilah seperti sungai....

Dalam kasih sayang dan pemberian
jadilah sebagai matahari...

Dalam menutup aib orang
jadilah malam....

Dalam kemarahan dan keberangan
jadilah sebagai mati...

Dalam kerendahan hati
jadilah bagai bumi....

Dalam kesabaran dan tolak ansur
jadilah sebagai laut....

Muncullah sebagaimana kamu
jadilah sebagaimana kamu.....


Jalaluddin Rumi
( Dideklamasikan oleh Tn Hj Abu Talib bin Abdullah,Grand & Glam Night 2011,SMKTU2)

Tuesday 11 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Sajak Kecek

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka



(i) Dalam rangkap ketiga sajak ini penulis menyatakan sikap seorang nelayan yang wajar dicontohi.
Nyatakan sikap tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah seseorang melakukan pecah amah.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]




Cadangan jawapan set 1 : Sajak Kecek – (v)

(i) Satu sikap seorang nelayan di kawasan pantai yang wajar dicontohi
- Walaupun dibelenggu kemiskinan dan membesarkan anak-anak dalam serba kemiskinan, nelayan tersebut tidak pernah menggunakan hasil titik peluh orang lain.

(ii) Pada pendapat saya, sebab-sebab berlakunya gejala rasuah dalam kalangan masyarakat kita kerana

- Dipengaruhi sikap tamak/ mementingkan diri sendiri
- kurangnya didikan agama / pegangan agama yang tidak kukuh.
- Keinginan untuk menjalani kehidupan yang mewah sedangkan berada di luar kemampuan.

(iii) Pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut
- Kita hendaklah bersikap amanah semasa menjalankan tugas agar mendapat keredaan Allah.
- Kita janganlah mencari kekayaan dengan menindas orang lain agar kehidupan sentiasa dalam keberkatan.
- Kita mestilah bertanggungjawab mencari rezeki yang halal agar dapat menjamin kebahagian keluarga.




SET 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)

1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka

(i) Nyatakan kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan?
[3 markah]

(iii) Jelaskan dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]


Cadangan jawapan set 2 – Kecek (v)

(i) Kehidupan seorang pengarah seperti yang terdapat dalam sajak
- Sibuk mengumpul kekayaan dengan hasil simpanan pelanggannya,
- Semasa menjalankan tugas, dia begitu licik pecah amanah / menggelapkan wang.


(ii) Pada pendapat saya, golongan nelayan di negara kita masih dibelenggu oleh kemiskinan kerana
- Masih menggunakan peralatan tradisional - tidak mendapat tangkapan ikan yang banyak
- Wujudnya orang tengah yang mengaut keuntungan yang lebih.
- Kekurangan modal untuk membeli peralatan moden

(iii) Dua nilai kemanusiaan yang terdapat dalam sajak tersebut
- Nilai amanah – melaksanakan tugas dengan penuh amanah
- Nilai bertanggungjawab – mencari rezeki yang halal
- Nilai kegigihan – gigih berusaha mencari rezeki
- Nilai bersimpati – terhadap nasib golongan kurang berada
- Nilai rasional – dalam menjalani kehidupan.





SET 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Kecek – (V)


1
seorang pengarah
membuka akaun semasanya
di sebuah bank ternama
tetapi dalam diam
dia mencantum kemiskinan
orang lain
ke dalam amanahnya
yang telah lama pecah.

2
di kampung
seorang petani
membuka akaun kemiskinannya
di ruang kedaifan
dan mengunci sedozen anak-anaknya
di dalam pagar sengsara
tetapi dia tidak pernah mencantum
kekayaaan orang lain
ke dalam getirnya
yang sudah lama
berumbi.

3
di pantai
seorang nelayan
membuka akaun sengsaranya
di rahang laut ternganga
dan mengurung sederet anak-anaknya
di bawah pusaran nasib
tapi dia tidak pernah mengumpul
kesenangan orang lain
ke dalam kegusarannya
yang telah sekian musim
berlumut
di papan hidupnya.

4
Tuhan tidak pernah mungkir
mencatatkan setiap angka
dan nilai hitungan paling kecil
ke dalam akaun-Nya
di rumah keadilan.

AWANG ABDULLAH
Antologi Dirgahayu Bahasaku
Dewan Bahasa dan Pustaka


(i) Nyatakan kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]


(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani?
[3 markah]


(iii) Huraikan tema yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]




Cadangan jawapan set 3 – sajak kecek

(i) Kehidupan seorang petani seperti yang terdapat dalam sajak tersebut.
- Hidup dalam kemiskinan / kedaifan
- Anak-anak petani dibesarkan dalam keadaan serba kekurangan
- Tidak pernah mengambil hasil titik peluh orang lain

(ii) Pada pendapat saya, usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk meningkatkan pendapatan petani ialah
- Memberikan bantuan kewangan / modal
- Membantu petani memasarkan sendiri barangan mereka – mengelakkan orang tengah mengaut keuntungan
- FAMA – memberikan khidmat nasihat,
- Memberikan subsidi – benih, baja
- Petani mengusahakan kegiatan sampingan yang lain

(iii) Tema sajak tersebut
- kepentingan sikap amanah dalam kehidupan
- Dalam mencari rezeki, kita perlu amanah kerana wang yang diperoleh digunakan untuk menyara keluarga.
- Golongan yang berjawatan didapati sering kali pecah amanah untuk hidup mewah berbanding golongan yang berpendapatan rendah.

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Sajak Harga Remaja

SET 1

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka


i. Berdasarkan sajak, apakah ciri-ciri seorang remaja yang berharga?
[3 markah]

ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu anda lakukan agar dapat mencapai cita-cita anda?
[3 markah]

iii. Nyatakan tiga mesej yang diperoleh daripada sajak tersebut?
[3 markah]


Skema pemarkahan:

i. Ciri-ciri remaja yang berharga;

Tidak mudah kecewa
Mempunyai pendirian
Mempunyai keberanian
Mempunyai ilmu

ii. Cara-cara remaja mencapai cita-cita;

Belajar bersunguh-sungguh/rajin mengulangkaji/rajin membaca
Mempunyai keyakinan diri
Rajin bertanya/merujuk pakar
Belajar berkumpulan
Menghadiri kursus-kursus motivasi
Tidak melakukan gejala sosial

iii. Pengajaran daripada sajak;

Kita hendaklah menjadi remaja yang mempunyai pendirian
Kita hendaklah menjadi remaja yang rajin menuntut ilmu
Kita hendaklah menjadi remaja yang mempunyai hala tuju.




SET 2

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka



i. Berikan maksud gelodak kecewa?
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, apakah yang perlu dilakukan oleh remaja agar tidak terjebak dengan gejala sosial? [3 markah]
iii. Huraikan dua nilai murni daripada sajak di atas.
[4 markah]



Skema pemarkahan

i. Maksud; perasaan yang hampa/ dukacita/gagal

ii. Tindakan remaja;

Menuntut ilmu agama
Memenuhi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah.
Pandai memilih kawan
Tidak pergi ke tempat-tempat yang berisiko seperti
Mempunyai hubungan rapat dengan keluarga

iii. Nilai murni darpada sajak;
Nilai keberanian – remaja perlu berani menghadapi cabaran zaman remaja.
Nilai kerajinan – remaja perlu rajin menuntut ilmu
Nilai menghargai – remaja perlu menghargai masa remaja.
Tetap pendirian – remaja perlu mempunyai pendirian supaya tidak mudah dipengaruhi




SET 3

Baca sajak di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.


Harga Remaja

Berapakah sebenarnya harga remaja
yang bersih
dari gelodak kecewa
bagai kehijauan daun
bagai kesegaran pohon
di pinggir perjalanan ini?

Dengan apakah akan kaupenuhi
piala remajamu
adakah cuka kesangsian
dari cinta murah
atau madu ajaran
dari ilmu susah?

Remaja amat mahal
sesungguhnya
tiada terbeli oleh perjanjian
harga remaja adalah
pendirian
keberanian dan ilmu.

Penuhilah remajamu
dengan ketentuan tuju.

Rahman Shaari
Langit di Tangan, 1995
Dewan Bahasa dan Pustaka

i. Berikan maksud ketentuan tuju.
[2 markah]
ii. Pada pendapat anda, bagaimanakah anda dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ?

[3 markah]
iii. Huraikan dua persoalan darpada sajak di atas.
[4 markah]


Skema pemarkahan;

i. Maksud ketentuan tuju;
Kepastian dalam matlamat/cita-cita/tujuan hidup

ii. Tindakan remaja bagi mengisi masa lapang;

Melakukan hobi yang berfaedah
Membaca
Beriadah/bersukan/
Perbincangan berkumpulan/mengulang kaji pelajaran
Menziarahi saudara mara
Menolong keluarga


iii. Persolan daripada sajak;

Persoalan jati diri dalam jiwa remaja – remaja perlu bijak memilih cara hidup yang betul

Persoalan keberanian menghadapi cabaran hidup – remaja mesti berani menghadapi cabaran semasa remaja.

Persoalan hala tuju dalam hidup- remaja perlu mempunyai hala tuju yang jelas

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM) Sajak Dirgahayu Bahasaku

SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU (TINGKATAN 5)

SET 1

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku
Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)

(i) Berikan maksud
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah bahasa Melayu perlu didaulatkan? [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga pengajaran yang terdapat dalam sajak tersebut.
[3 markah]




SET 2

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku
Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)



(i) Berikan maksud rangkap kedua sajak tersebut.
[2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu anda lakukan untuk menguasai
Bahasa Melayu.
[3 markah]

(iii) Huraikan dua persoalan yang terdapat dalam sajak tersebut.
[4 markah]




SET 3

Baca sajak berikut dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.

Dirgahayu Bahasaku
Ahmad Sarju

Tempatmu di singgahsana
hati nurani bangsaku
warga yang berbudi
setia dan amanah.

Bahasa itu maruah bangsa
yang mesti dipelihara martabatnya
agar tetap kukuh dan ampuh
melayari lautan bijaksana
salam ikatan mesra dan teguh.

Cekal dan waja semangat pejuangku
hak bangsaku memilikimu
hak bangsaku mendaulatkanmu
di bumi bertuah ini
merentas dunia tak bertepi.

Sejarah bangsa mencatatkan kegemilangan
ke barat dan ke timur menjalin persaudaraan
gagah pelautku membelah lautan
ke utara dan ke selatan bahasaku mencengkam
dari pulau ke pulau menggilap mutiara silam.

Dirgahayu bahasaku
di arena antarabangsa suaramu tumbuh
menusuk kalbu lagu bahasamu
bahasamu bahasa minda
mudah akrab dan bertatasusila
daripada bangsa yang bernama Melayu
menempa kejayaan di alaf baru.

(September 2000)

Manuskrip Luka Bangsa, 2006
Persatuan Penulis Nasional Malaysia (PENA)



(i) Berikan maksud dirgahayu bahasaku berdasarkan sajak tersebut? [2 markah]

(ii) Pada pendapat anda, mengapakah masih ada segelintir masyarakat Melayu yang
enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu. [4 markah]

(iii) Nyatakan tiga nilai murni yang terdapat dalam sajak tersebut. [3 markah]





JAWAPAN SAJAK DIRGAHAYU BAHASAKU (TINGKATAN 5)

SET 1

(i) Maksud:
- bangsa Melayu berhak memartabatkan bahasa Melayu di negara ini

(ii) Sebab:
- bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan / bahasa rasmi
- bahasa Melayu lambang perpaduan rakyat berbilang-bilang kaum
- bahasa Melayu merupakan bahasa ilmu untuk memajukan agama, bangsa dan negara
- bahasa Melayu merupakan bahasa pengantar di sekolah-sekolah

(iii) Pengajaran:
- kita hendaklah cinta akan bahasa Melayu yang menjadi bahasa rasmi negara Malaysia
- kita hendaklah mengekalkan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- kita mestilah mempertahankan martabat bahasa Melayu sebagai lambang jati diri
bangsa daripada dicemari oleh bahasa asing
- kita haruslah menghormati bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam
pelbagai bidang
- kita haruslah bersyukur kerana bahasa Melayu yang diwarisi sejak turun-temurun
masih diamalkan hingga kini




SET 2

(i) Maksud rangkap kedua:
- bahasa Melayu sebagai maruah bangsa
- mesti dipelihara martabatnya
- bahasa Melayu hendaklah digunakan sebaik mungkin
- mengeratkan ikatan mesra / hubungan silaturahim

(ii) Usaha:
- mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam
- bertutur menggunakan bahasa Melayu dengan lebih kerap
- mendengar forum, seminar, kolokium berkaitan dengan bahasa Melayu
- membaca bahan-bahan ilmiah untuk mengayakan perbendaharaan bahasa Melayu

(iii) Persoalan:
- persoalan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan
- persoalan peranan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu, bahasa perpaduan dan
penyatuan masyarakat
- persoalan penerimaan dan penghayatan masyarakat dunia terhadap bahasa Melayu



SET 3

(i) Maksud:
- semoga bahasa Melayu terus berkembang

(ii) Sebab segelintir masyarakat Melayu enggan bertutur menggunakan bahasa Melayu:
- tanggapan masyarakat bahawa bertutur bahasa Melayu melambangkan status yang
rendah
- mengagung-agungkan bahasa Inggeris
- bahasa Melayu bukan bahasa antarabangsa
- bahasa Melayu tiada nilai komersial

(iii) Nilai murni:
- nilai cinta akan bahasa kebangsaan iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
negara ini
- nilai tanggungjawab iaitu memastikan bahasa Melayu tidak pupus dan dicemari
- nilai hemah tinggi iaitu menyanjungi kedaulatan bahasa Melayu sebagai
bahasa kebangsaan
- nilai kesyukuran iaitu bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang terkenal dan
digunakan secara meluas