Monday 10 October 2011

Program Jawakhir 2011 (BM 2 SPM)Prosa Tradisional Merah Silu

PROSA KLASIK MODUL MAS
A. MERAH SILU MUKA SURAT 51-52

Puteri Betong mempunyai sehelai rambut berwarna keemasan di tengah kepalanya, tetapi ia tidak diketahui suaminya sehinggalah pada suatu hari, terlihat suaminya ketika puteri sedang menyikat rambut.
Kata Merah Gajah kepada isterinya, “Wah adinda, mari hamba bantunkan rambut tuan puteri yang sehelai itu!”
Jawab tuan puteri itu, “ Jika rambut hamba sehelai itu dicabut oleh tuan hamba, alamat perceraian tuan hamba dengan hamba.”
Beberapa kali diminta oleh Merah Gajah untuk mencabut rambut itu, tetapi tidak dibenarkan oleh isterinya. Pada suatu hari, semasa isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya sedang tidur, Merah Gajah mencabut rambut isterinya yang berwarna keemasan itu. Baginda menyangka tiada apa-apa yang akan berlaku. Apabila rambut itu tercabut, keluarlah darah dari liang rambut. Sebaik sahaja darahnya berhenti maka Puteri Betong pun hilanglah.
Orang suruhan Merah Gajah segera memberitahu ayahanda Raja Muhammad. Ujar hamba sahaya itu, “Ya tuanku, paduka anakanda tuan kami, Puteri Betong telah hilanglah sebab dibantunnya oleh Merah Gajah sehelai rambutnya di tengah kepala!” Setelah Raja Muhammad mendengar khabar inang kepada baginda merasa amat marah. Baginda menghimpunkan segala askar pergi mendapatkan Merah Gajah lalu dibunuhnya.

(Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggarakan oleh Ismail Ahmad
dalam antologi Harga Remaja,Dewan Bahasa dan Pustaka)


i) Berikan maksud ‘alamat percerian tuan hamba dengan hamba’.

[ 2 markah]
ii) Siapakah Puteri Betong?

[ 3 markah]

iii) Jika anda sebagai Raja Muhammad,apakah tindakan yang sewajarnya akan anda ambil apabila mengetahui Puteri Betong hilang
[ 3 markah]



B. HIKAYAT MERAH SILU MUKA SURAT 54-55

Merah Silu mengupah orang dengan emas dan perak untuk membuat anderak besar. Besarnya anderak itu sekadar muat kerbau dua tiga ratus. Setelah siap, disuruh askar gemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu. Kerbau itu pun terkejut lalu lari masuk ke dalam mulut anderak itu dan tersangkut tanduknya lalu tersekat,tidak dapat masuk dan keluar. Pintu anderak itu disumbat seorang segumpal tanah. Pintu itu tertutup dan matilah kerbau itu. Kerbau yang di dalam anderak itu dijinakkan dengan mencucuk hidungnya.

Sampailah khabar kepada Merah Hasum bahawa Merah Silu bermain dengan binatang liar yang tidak disukai oleh orang ramai. Tempat itu diberi nama Kerbau Kampung. Merah Hasum memanggil seorang hamba, katanya, “Pergi engkau katakan kepada saudaraku, Merah Silu, apa gunanya bermain binatang yang tiada berguna kepada orang yang banyak itu. Dia memberi aku malu. Jika dia tidak mendengar kataku ini, nyahlah dia dari negeri ini; janganlah ia duduk bersama-sama aku.”

Hamba sahaya Merah Hasum menyampaikan nasihat itu kepada Merah Silu. Setelah mendengar dan menimbangkan kata-kata Merah Hasum itu, Merah Silu berfikir dalam hatinya, “Baiklah, jikalau Merah Hasum berkata demikian kepadaku, aku pun hendak mencari tempat diam.”

( Dipetik daripada “Merah Silu”, diselenggara oleh Ismail Ahmad
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i) Apakah maksud anderak besar?
(2 markah)

ii) Nyatakan tindakan Merah Silu untuk menangkap kerbau liar?

( 3 markah)

iii) Pada pendapat anda, apakah yang harus dilakukan jika berlaku perselisihan faham antara adik-beradik ?
( 3 markah)





C. HIKAYAT MERAH SILU MUKA SURAT 56

Merah Silu pergi mencari tempat yang lain. Dia berjalan mudik ke hulu Semenda. Dia sampai di suatu negeri bernama Buluh Telang. Di sana dia bertemu dengan Megat Iskandar. Megat Iskandar mempelawa Merah Silu dan menjamunya makan minum. Ujar Megat Iskandar kepada Merah Silu,”Apa kehendak tuan hamba kepada hamba ini?”
Merah Silu berkata, “Hamba datang kepada tuan hamba ini, hamba hendak minta tempat duduk, kerana hamba tiada bertempat.”
Kata Megat Iskandar,”Jikalau demikian baiklah anakanda duduk di sini dengan hamba. Ladang di sini pun luas, dan banyak tempat kerbau makan.”
Sambut Merah Silu, “ Jikalau ada kasih tuan apatah salahnya, tuanlah akan menjadi bapa hamba.”
Merah Silu pun bermohon kepada Megat Iskandar, lalu pergi mengambil segala hartanya, askar dan kesemua kerbaunya. Lalu dibawa ke Buluh Telang itu.Merah Silu tinggallah di situ.
Merah Silu sangat gemar menyabung ayam. Ramai juara sabung ayam datang bermain menyabung dengan Merah Silu. Orang yang kalah dibayar taruhannya. Berita itu tersebar kepada kampung lain dan ramailah orang datang bermain sabung ayam di Buluh Telang. Apabila mereka kembali, Merah Silu memberi mereka seorang seekor kerbau. Orang yang datang melihat permainan sabung ayam itu juga diberi seekor kerbau.

( Dipetik daripada “Merah Silu” diselenggarakan oleh Ismail Ahmad
dalam antologi Harga Remaja, Dewan Bahasa dan Pustaka)


i) Berikan maksud tuanlah akan menjadi bapa hamba?

( 2 markah)


ii) Mengapa Merah Silu bertemu dengan Megat Iskandar?

( 3 markah)
iii) Pada pendapat anda, mengapakah kegemaran menyabung ayam perlu dibendung?

( 3 markah)




JAWAPAN SOALAN

A. MERAH SILU MUKA SURAT 51

i) Maksud ‘alamat perceraian tuan hamba dengan hamba’ ialah perpisahan/ berpisah/hilang antara Puteri Betong dengan Merah Gajah atau perpisahan suami isteri.

ii) Puteri Betong ialah;
isteri Merah Gajah,
anak Raja Muhammad

iii) Tindakan Raja Muhammad;

Melakukan siasatan
Mengarahkan hulubalang/bala tentera/rakyat mencari Puteri Betong
Bertanya kepada Merah Gajah
Menawarkan hadiah kepada sesiapa yang menjumpai Puteri Betong

MANA-MANA JAWAPAN YANG RELEVAN




JAWAPAN MERAH SILU MUKA SURAT 54-55

B MERAH SILU

i) Maksud anderak besar ialah lubang besar, perangkat besar, kandang besar


ii) Tindakan Merah Silu;

Mengupah orang dengan emas dan perak untuk anderak besar
Menyuruh asakar menggemparkan kerbau liar itu ke arah muka anderak itu
Pintu anderak disumbat dengan segumpal tanah
Pintu anderak ditutup



iii) Jika berlaku perselisihan faham antara adik-beradik;

Berbincang secara baik/bersemuka
Menggunakan orang tengah untuk berbincang
Menasihati supaya berbaik semula
Membawa perkara ini kepada pihak berkuasa


MANA-MANA JAWAPAN YANG RELEVAN





JAWAPAN MERAH SILU MUKA SURAT 56

C MERAH SILU

i) Maksud tuanlah menjadi bapa hamba ialah Merah Silu mengaku Megat Iskandar bapak angkatnya.


ii) Merah Silu bertemu dengan Megat Iskandar kerana;

Meminta tempat tinggal/duduk
Meminta Megat Iskandar menjadi bapanya
Meminta izin/kebenaran Megat Iskandar untuk mengambil segala harta, askar dan kerbaunya

iii) Kegemaran menyabung ayam perlu dibendung kerana;

Kegiatan yang salah dari segi undang-undang
Membuang masa
Menyalahi hukum agama
Menghabiskan/membazirkan harta

1 comment:

  1. mengapakah merah hansum merasa malu apabila merah silu menangkap kerbau liar.
    kemukakan 3 sebab.

    ReplyDelete