Tuesday 4 October 2011

Kabus Di Perbukitan ( Persoalan )

Persoalan
1. Persoalan perpisahan keluarga menyebabkan anak-anak menjadi mangsa
    Pasangan kembar Faridah dan Rahayu terpaksa hidup terpisah setelah kedua ibu bapa mereka bercerai sejak mereka berusia 7 tahun.

2. Persoalan perkahwinan campur
    Faridah yang berbangsa Melayu dan berasal dari Malaysia telah berkahwin dengan lelaki berbangsa Inggeris iaitu Soleh Johnson yang merupakan warga New Zealand.

3. Persoalan hubungan erat sesama ahli keluarga
    Rahayu dan Faridah saling mengingati walaupun hidup terpisah sehinggakan Rahayu meracau-racau memanggil nama Faridah semasa sedang sakit.

 4. Persoalan cinta akan alam sekitar
    Azrul aktif menyertai program-program alam sekitar semasa menuntut di Universiti Putra Malaysia.

No comments:

Post a Comment